7 OGOS 2024 – LAWATAN SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI TAHFIZ (SMITIN), BANGI KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH
Â
PSNZ telah menerima pelawat seramai 20 guru dan 119 pelajar daripada SMITIN. Taklimat program telah diadakan di Auditorium Sulaiman sekitar jam 9.15 pagi.
Â
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Shahrulnizam Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan (Ketua Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Korporat) PSNZ di atas ucapan aluan yang telah disampaikan.
Â
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Karmila Zakaria, Pengetua (SMITIN), Bangi, Encik Sharrunnizan Suratman, Ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah (SMITIN), Bangi, guru-guru serta semua pelajar yang telah hadir.
Â
Ucapan terima kasih juga kepada Encik Wan Muhammad Naziq Che Nor, Pegawai Tadbir, Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa, HEPA UMT, barisan MPP yang diketuai oleh Saudara Vadzley Aqashah Abas, NYDP MPP UMT serta semua Pembantu Pustakawan yang turut hadir bersama menjayakan program.
Â
In Shaa Allah, semoga segala perkongsian dapat dimanfaatkan bersama.
Â