Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Perpustakaan Universiti Malaya ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

5 OGOS 2024 – LAWATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA KE PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
PSNZ telah menerima pelawat daripada Perpustakaan Universiti Malaya seramai 30 orang staf. Taklimat telah diadakan di EduRoom, Aras 1, PSNZ sekitar jam 9.30 pagi.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan PSNZ atas ucapan aluan yang telah disampaikan serta semua Ketua Bahagian dan Pustakawan yang telah hadir.
 
Ucapan terima kasih juga kepada Puan Shamsiah Abu Bakar, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UM serta semua yang hadir kerana menjadikan PSNZ sebagai destinasi lawatan.
 
Semoga perkongsian maklumat, pendedahan tentang perkhidmatan, kemudahan, koleksi khususnya di PSNZ dapat dimanfaatkan bersama. Di samping dapat memberi peluang untuk bertukar-tukar amalan baik dan pengalaman kerja berkaitan dengan pengurusan Perpustakaan.
Â