22 JULAI 2024 – SEKITAR PROGRAM STRATEGI PENCARIAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT DALAM PENULISAN ILMIAH (21 – 22 JULAI 2024)
Â
Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat, PSNZ, UMT dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut dan merupakan salah satu program University Social Responsibility (USR).
Â
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan perpustakaan seperti cara mengakses perkhidmatan digital dan fizikal, pencarian koleksi perpustakaan, teknik pengaksesan dan penilaian maklumat yang tepat.
Â
Program ini melibatkan seramai 109 termasuk pelajar, pensyarah dan staf pengiring dan telah diadakan di EduRoom PSNZ.
Â