Universiti Malaysia Terengganu

Program Sembang Ilmu Siri 1 Dengan Kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

13 JUN 2024 – PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI 1 DENGAN KERJASAMA AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ) MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Muhsin Nor Paizin, Pengurus Unit Akademi Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas kesudian menyampaikan ucapan pembukaan mewakili pihak Akademi Zakat selaku penaung Program Sembang Ilmu “Pengurusan Harta Pusaka Dan Harta Orang Islam”.
 
Ucapan terima kasih juga kepada Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari panel jemputan serta Encik Hasdan Irwan Muda, Pembantu Pustakawan Kanan PSNZ selaku moderator pada kali ini.
 
Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan dan warga PSNZ atas sokongan serta kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.
 
Ucapan terima kasih juga kepada Che Ku Baharuddin Che Ku Ismail daripada Pusat Komunikasi Korporat, UMT – Universiti Malaysia Terengganu atas tunjuk ajar yang telah diberikan dalam mengendalikan Program Sembang Ilmu Siri 1 secara langsung di Facebook Rasmi PSNZ pada hari ini.
 
Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua yang hadir dan menonton melalui saluran facebook rasmi PSNZ.
 
In shaa Allah kita akan bersua lagi di Program Sembang Ilmu Siri 2.
Â