Universiti Malaysia Terengganu

Tinjauan TNCA UMT Ke Fasiliti Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)

INFO@PSNZ : 23 JULAI 2025 – TINJAUAN TNCA UMT KE FASILITI PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH (PSNZ).
 
Selesai Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan (JKP) Bil. 1/2025, Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) telah meluangkan masa selama kira-kira 30 minit untuk meninjau kemajuan pembangunan Maker Room di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ).
 
Dalam lawatan ringkas ini, beliau turut berkesempatan melawat beberapa fasiliti lain di PSNZ seperti Laptop Zone dan Edu Room. Lawatan ini mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan universiti terhadap usaha PSNZ dalam memperkasa infrastruktur dan kemudahan pembelajaran bagi menyokong keperluan akademik serta inovasi dalam kalangan warga kampus.